Thursday, March 28, 2013

Aktiviti ketika berpantang


44 hari tu sememangnya sangatla lama bagi ibu lepas bersalin. Berpantang ni perlu untuk ibu bersalin rehatkan diri, menyembuhkan luka dalaman dan yang paling penting, bonding time dengan anak yang baru lahir tu. 

Masa awin berpantang, takdalah bosan sangat sebab anak kan ada. Tengok gelagat dan perubahan dia setiap hari yang berbeza sangat mengujakan dan mengasyikkan. Betul. Tanyalah siapa pun. Takkan boring langsung.

Bagi awin, selain mengamalkan petua orang tua- tua, bertungku, berehat, awin masih ada aktiviti lain yang lagi seronok.

Ambil, edit dan post! Ni la aktivitinya. Ambil gambar aina, edit dan post dalam instagram.
Akaun instagram awin senang jer, azwin_ arch. Follow la. Banyak gambar aina kat dalam tu.

Aina pulak bila nampak jer awin angkat hp ke ipad ke, mulala statik. Macam tau jer mama dia tengah nak ambil gambar dia. Sampai sekarang aina suka bergambar. Sebab tu gambar kat atas, mata aina pandang tepat pada kamera.kecik- kecik dah ajar posing. Hahaha..

Selain dari tu, awin rajin jugak melawat web http://www.babycenter.com.my/ untuk tau apa 


perkembangan semasa dan akan datang bayi awin.

Bukan lepas bersalin jer, masa mengandung lagi dah follow web ni. Bagus. 
Semua isu tentang bayi ada. Harap- harap dapatla menbantu kawan- kawan semua yer.

No comments:

Post a Comment