Assalamualaikum alls,
Hari ni awin nak berkongsi tentang kurap susu yang mungkin sesetengah orang tak pernah mengalaminya. Aina waktu ni masih berusia hampir 3 bulan. Masa ni Aina masih menyusu badan. Bulat kan? He. Nampak tak apa yang ada dekat pipi Aina tu? Itulah dinamakan kurap susu.
Kurap susu ni ataupun setengah orang panggil ruam susu, merupakan kesan lecur ( tak adalah lecur sangat pun) disebabkan susu ibu yang terkena pada kulit bayi. Susu ibu merupakan sumber yang mempunyai khasiat terbaik untuk bayi kita. Susu ibu ini juga mempunyai unsur sel hidup. Jadi, bila terkena kulit bayi terutamanya pada muka, sel hidup ini yang bertindak. Sebab itu bila terkena susu ibu, kita perlu cepat- cepat bersihkan. Kalau tidak, jadilah macam Aina.
Disebabkan kecuaian mama dia, Aina yang perlu tanggung. Kesian anak awin.
Pelbagai cara yang awin cuba buat untuk hilangkan kurap tu. Ada yang letak bedak sejuk sebab ingatkan ruam panas. Pastu tak menjadi. Cuba pulak letak losyen, kot kulit kering. Rupanya salah. Akhirnya, pergi farmasi tanya sebab jadi, farmacist cakap ruam susu.
Farmacist cadangkan guna ezerra sebab kandungan bahan kimianya tidak terlalu kuat berbanding ubat yang lain.
Awin colet sikit jer ubatnya sebab farmacist sarankan macam tu dan sapu pada Aina masa dia tengah tidur. Alhamdulillah, lama kelamaan, kurap tu makin hilang tapi parutnya masih ada untuk beberapa ketika.
Pesanan awin pada yang lain, selepas menyusu, cepat- cepat bersihkan muka anak dengan kain tuala yang basah untuk elak terkena kurap susu.
No comments:
Post a Comment