Sunday, April 14, 2013

Perkembangan bayi selepas menyulur


Aina dah masuk 7 bulan sekarang. Aina sekarang dah pandai atur langkah untuk merangkak. Tapi kadang- kadang nak cepat capai sesuatu, Aina menyulur jer. Mungkin dia tak cekap lagi.

Ia satu perkembangan yang baik. Kebiasaan bayi akan merangkak antara umur 6 bulan hingga 10 bulan. Tapi ada juga yang lebih awal. Dan ada juga yang tak merangkak langsung. Terus duduk pun ada.

Tengoklah Aina tu, bukan main suka dia dapat merangkak. Budak baru belajar. Jadi, bila dah mula merangkak, perlulah biar dia meneroka rumah tu. sebab tu Awin belikan Aina 'playing mat'. Supaya lutut dia taklah hitam bila besar nanti sebab merangkak di tempat yang keras. Pasal harga dan di mana Awin beli tikar tu, nanti Awin cerita dalam Aina' s stuff. Nantikan yer..

No comments:

Post a Comment