Thursday, May 9, 2013

Aina sudah pandai meniti

Hari ni Aina genap 8 bulan. Pejam celik kejap je Aina dah besar. Rasa bahagia sangat bila terkenang perkembangan Aina selama 8 bulan lepas. Bersyukur dikurniakan puteri yang sihat, cergas, cerdas, bijak, baik serta InsyaAllah beriman kepadaNya.

Di sini Awin sertakan gambar Aina yang dah pandai memanjat, eh yeke? Orang utara cakap 'mengagaih' .haha..tengoklah tu. bukan main bebas lagi dia. En suami tengah berjaga-jaga. Risau anak perempuan dia jatuh saham. He. Aina dah meniti tak sampai 1 minit. Walaupun bertatih lagi, tapi Alhamdulillah Aina membesar dengan baik.

Dari pemerhatian Awin dengan apa yang Awin praktikkan pada Aina, yang Awin banyak biarkan Aina bebas bergerak, samada biar dia bermain sendiri, tapi menggunakan alatan, Aina cepat menunjukkan perkembangan yang positif. Contohnya, Awin biar Aina banyak di atas lantai berbanding letakkan Aina di dalam walker. Ini mungkin dapat memberi idea pada bayi untuk praktiskan langkahnya secara sendiri tanpa bantuan. Dalam kes ini, Aina berusaha untuk merangkak dan berdiri sendiri. Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun,setiap bayi tidak semestinya sama. Perkembangan masing-masing walaupun sama ibu dan ayah.


No comments:

Post a Comment