Sunday, August 25, 2013

Normal, tidak normal tapi kehamilan negatif

2 bulan kebelakangan ini, kitaran haid Awin tidak macam selalu. Selama lebih 10 tahun, kitaran haid normal, iaitu 28 hari. Sekarang dah lewat 8 hari.. Ujian kehamilan belum buat sebab nak tunggu samada akan period atau tak. Lepas search dalam internet, ini mungkin jawapanya. 

Apabila anda sedang mencuba untuk hamil, dan haid anda lambat tetapi ujian kehamilan tidak menunjukkan tanda positif, ini boleh membuatkan anda runsing dan keliru. Jika kitaran haid anda yang biasanya normal dan teratur tiba-tiba menjadi tidak teratur, atau terhenti, fikirkan apakah yang berubah dalam gaya hidup anda. 

Contohnya, terlalu banyak tekanan,senaman berlebihanpenurunan berat badan dan penambahan berat boleh menjejaskan tahap hormon anda dan mengganggu aturan haid

Ovari anda biasanya mengeluarkan sebiji telur setiap hari, kira-kira 12 hingga 14 hari selepas hari pertama haid. Jika telur ini tidak disenyawakan, lapisan dalam uterus akan luruh dan haid anda akan bermula. 

Jika ovari anda tidak mengeluarkan telur sebagaimana sepatutnya, maka uterus anda mungkin tidak menerima kesemua isyarat yang diperlukan untuk memulakan kitaran haid. Kadang kala wanita terpaksa mengambil ubat untuk membantu ovari dan uterus mereka berkomunikasi supaya mereka boleh mendapat haid yang teratur. 

Jika haid anda tidak datang lebih daripada tiga kali berturut-turut, dan ujian kehamilan menunjukkan negative, doktor anda perlu membuat pemeriksaan untuk mengetahui puncanya. Ada dua kemungkinan di sini: 

Anda mungkin mengalami polisistik ovari 
Sindrom Policistik Ovari (Polycystic ovary syndrome - PCOS) berlaku apabila sesetengah hormon dalam kadar yang tinggi merangsang ovari anda supaya menghasilkan banyak folikel. Kesemua folikel ini tidak cukup matang untuk mengeluarkan telur. Oleh kerana anda belum berovulasi, anda juga tidak datang haid. Tanda-tanda lain PCOS termasuk pertumbuhan rambut yang berlebihan di bahagian muka, dada dan bawah abdomen, jerawat, dan kecenderungan peningkatan berat di bahagian pinggang. 

Anda mungkin menghasilkan terlalu banyak hormon prolaktin 
Jika anda menghasilkan prolaktin pada tahap yang tidak normal, anda mungkin tidak datang haid sekali atau dua kali. Seorang wanita biasanya mengeluarkan prolaktin apabila dia sedang menyusukan, maka kerana itulah haidnya terhenti pada waktu ini. Jika anda tidak hamil atau menyusukan, tetapi keluar susu daripada puting, maka prolaktin mungkin adalah penyebabnya. 

Ada sebab-sebab lain mengapa haid anda mungkin menjadi tidak teratur atau terhenti. Contohnya, anda mungkin mengalami kesan sampingan daripada ubat yang sedang anda ambil. 

Jika haid anda tidak tiba, dan anda masih mendapat keputusan negatif daripada ujian kehamilan, atau kitaran haid anda terus menjadi tidak menentu, jumpalah doktor. 

Mungkin awin terlalu stress dengan kerja kot ataupun sebab pemakanan yang tidak teratur. Ataupun memang Aina nak dapat adik? Hehe

1 comment:

  1. Play Casinos Near Me | Mapyro
    With casinos opening in the early 1990s, a boom 제천 출장샵 has 순천 출장안마 already been brewing for online gambling firms 시흥 출장마사지 and sports betting companies. The Las 거제 출장마사지 Vegas Strip is home 남양주 출장안마 to

    ReplyDelete