Masa Aina, alhamdulillah kuning Aina tak lama. Masa Aina kena warded pada hari kelima, bacaan kuning Aina 300. Sedih dengar. Semalaman Awin menyusu badankan Aina dalam tempoh 2jam sekali, kuning Aina berkurangan. Sok paginya dah boleh discharge.Masa Aina, Awin tak ada amalkan apa-apa kecuali kerapkan penyusuan. Itu sahaj ubatnya.
So kali ni, Awin ada amalkan beberapa petua. Wallahualam samada mujarab atau tidak. Kita hanya berusaha, Allah yang akan menentukan.Nanti lepas Awin bersalin, Awin kongsikan semula ye.
- minum air glukolin bermula dari kandungan 8 bulan
- minum jus oren semasa hampir tempoh bersalin
- banyakkan minum air masak
- sesudu kecil minyak selusuh
Tapi jika mengikut Sunnah, adalah seperti berikut :
1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin
Dari pengalaman kawan-kawan pulak, ada yang mengamalkan mengambilan vitamin Shaklee. Memang anak dia tak kena jaundice langsung. Tapi ada jugak yang ambil tapi masih terkena kuning. Semuanya bergantung pada rezeki masing-masing.
No comments:
Post a Comment