Kasihan Aina...dah banyak hari demam. Dah dah dua hari jugakla Awin EL sb nak jaga Aina. Suhunya agak tinggi pada malam hari. Siang hari berkurang.
Ada beberapa cara yang Awin buat untuk kurangkan suhu panas badan Aina. Antaranya :
1) tuamkan kepala, muka dan badan baby dengan tuala suam. Separuh bogelkan baby agar suhu yang panas tadi bebas keluar. ( tapi Awin masih pakaikan Aina stokin)
2) air asam jawa ; tepekkan pada kepala bayi untuk kurangkan panas. Memang agak comot tapi berkesan. Even pada orang dewasa pun insyaAllah mujarab.
3) tampalkan cool fever
4) g klinik dan ambil ubat seperti yang disyorkan doktor.
Kelakuan Aina sebenarnya masih aktif seperti biasa. Cuma badannya sahaja yang panas. Tapi sebagai ibu, walau apapun keadaan anak, seorang ibu masih merasa risau.
Suhu Aina sekarang dah 37.2 .. Suhu badan bayi normal adalah antara 36 - 37'c ye...bagi mana-mana bayi yang mencecah suhu hingga 38'c lebih baik cepat-cepat berjumpa doktor untuk elak perkara lain pulak menimpa seperti tarik.
So, tolong doakan Aina cepat sembuh ye.
No comments:
Post a Comment