Tuesday, December 10, 2013

Dinner Night

Salam semua, hari ini Awin nak update pasal Aina yang diundang ke Majlis Dinner en suami di Bora Ombak baru-baru ni. Mujurlah hari tu kesihatan Awin baik-baik sahaja. Awin tak ada amik gambar banyak sangat sebab sibuk jaga Aina dan makan.


Tadaa..Aina si bawang kenet. Nanti Awin update dress yang Aina pakai di page Aina's fashion ye. 
Masa ni Aina sibuk berjalan keliling. Habis semua dia redah. Ayah dia pun dah penat nak kejar. Tertanggal-tanggal topi bawang tu. Hehe..

Masa ni Aina dah cekap berjalan. Nak berlari pun agaknya sebab laju sangat berjalan. Kadang-kadang tak terkejar kami. Kena pimpin selalu orang kata. Tapi bila dipimpin, diheretnya pulak kita ke depan. Aduoii..macam-macam ragam. Al maklumlah dah 1 tahun 3 bulan...





No comments:

Post a Comment