Saturday, July 12, 2014

Pengalaman bersalin anak kedua

Alhamdulillah awin dah selamat melahirkan anak kedua awin yang diberi nama Amna Myesha, adik kepada Aina Miza pada 8 Jun 2014 jam 538pg di HKL secara normal. Rasanya ini akan menjadi entri awin yang paling panjang dalam sejarah.

Normal Contraction 
Akhirnya ada juga rezeki awin nak merasa normal contraction untuk anak kedua ni. Masa Aina awin kena induce sebab overdue. Masa Amna ni pula, awin awal 2 hari. Sepatutnya mengikut kiraan kalendar, edd awin sepatutnya pada 24/6.. Tapi tarikh scan amatlah jauh bezanya iaitu pada 10/6. Nak jadikan cerita, awin tanyakan doktor di kkia ttdi untuk kepastian. Setelah melihat beberapa keping gambar scan yang awin ada, doktor putuskan untuk redd awin ke 10/6 berbanding pada 24/6. Hati ni makin excitedlah jadinya. 
Hari terakhir awin pergi checkup iaitu pada 6/6. Seperti biasa awin buat rutin ibu mengandung iaitu urine test, bp. Masa nak amik urine tu, awin dapati dah ada blood show tapi sangat2 pudar warnanya. Awin pun tak pasti lagi tapi hati ni dah seronok dah. Awin tunggu lagi. Petang ada sikit malam pun ada sikit. Tapi masih tak merasai sakit contraction. Keesokkan harinya awin bagitau en suami nak pergi ikea tuk beli barang sikit dan nak cepatkan bersalin dengan banyakkan berjalan. En suami pun setuju. Agak petang tu ada sikit lagi blood show. Malam tu dalam kul9 lebih awin dah rasa sakit perut dan sakit bahagian belakang bawah. Rasanya macam menarik ke bawah. Awin catit selaan masa. Konsisten setiap 20min. Awin rasa macam memang sakit nak bersalin ni. En suami masih tak sedar keadaan awin. Awin tunggu sakit konsisten jadi 10min sekali dalam kul12 mlm. Masa tu Awin dah rasa tak tahan terus ajak en suami ke HKL. Aina awin tinggalkan pada mil. 
Sesampainya di hospital, daftar dan doktor buat pemeriksaan. Haa..4cm u!! Awin ditolak ke wad dalam kul2pg. Sakit contraction semakin kerap 5min sekali. Sakitnya macam senggugut yang double triple sakit, menarik2 tulang belakang. Awin minum air selusuh dan sambil berjalan. Rasa nak menjerit panggil doktor mintak check bukaan tapi takut. So awin tunggu sampai betul2 sakit nak meneran baru bagitau doktor dan doktor buat checkup dah buka 7cm!!! Kelam kabut nurse tolak awin ke labour room. Dah masuk tu midwife cakap dah boleh teran, awin pun teran. Agak susah untuk meneran kali ni sebab awin sangat letih dan mengantuk. Dahla dinner kul630 petang.Tak sempat nak curi nafas. Memang rasa tak larat. Masa meneran tu tangan yang sepatutnya letak di buku lali dah awin letak merata-rata. Kejap di paha kejap di buku lali. Memang tak ketahuan.Mujur en suami ada di sisi dan bagi kata semangat. Tak sempat ditanya mahu epidural atau gas pelali langsung. Teranan yang last tu memang rasa nak putus nyawa.Akhirnya adik pada Aina pun keluar pada jam 538pagi selepas 4-5kali meneran. Pun dah tak ingat. Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan usia walaupun sangat2 keletihan. En suami dapat temankan awin sampai habis jahit dan sampaila midwife semua beredar. Pernah awin terpikir dan bagitau en suami yang awin rasa ajal awin akan sampai masa nak bersalin nanti. Bukan ada petanda atau apa2 tapi hati awin terasa macam tu. Alhamdulillah itu semua hanyalah mainan fikiran sahaja.

Minyak dan air selusuh
Yang ni memang menjadi amalan awin setiap kali mengandung dan mak awin yang akan sediakan. Dia akan mintak sorang ustaz ni buatkan. Minyak selusuh awin amalkan bila kandungan masuk 5bulan. Minum Sesudu kecil setiap malam sebelum tidur. Air selusuh pulak diminum dan disapu bila dah rasa sakit contraction.
Sebelum mak awin amalkan amalan ni pada anak-anak dia, dia ada bertanya pada jiran. Ada tak perbezaan dengan mengambil dan tidak ambil selusuh ni? Jiran kami kata memang ada beza masa melahirkan 5orang anaknya. Yang mana tak amik selusuh, rasa susah sikit. Yang amik rasa sedikit lancar. 

Jahitan longgar
MasyaAllah... Dengar pun ngeri kan kalau kena jahit balik. Hari pertama lawatan dari nurse kkia ttdi dah buat awin kecut perut.dia kata jahitan kulit luar awin longgar. Mungkin kena jahit balik. Wuaaaa!!! Tak sanggup!! Dia mintak refer balik dengan HKL esoknya. Dah pergi hospital, jumpa doktor cakap tak payah jahit semula tapi kena pastikan kebersihan. Jika ada pendarahan ke bernanah ke sakit ke mintak segera jumpa doktor.
Lepas je doktor pesan tu, rasa lega yang amat. Awin basuh part bawah guna air rebusan asam keping dan garam untuk cepat keringkan luka.

Jaundice
Entri sebelum ni awin ada berkongsi tentang amalan minum glukolin dan air fresh orange untuk elak anak dari mendapat jaundice. Alhamdulillah berhasil. Memang Amna dijauhkan dari jaundice. Tapi bukanlah tak ada langsung. Ada tapi ditahap normal.Tapi ini semua rezeki dari Allah. Jangan terlalu percaya sebab kita hanya berusaha, Allah yang menentukan.

Rezeki susu
Alhamdulillah dengan niat yang dipupuk dari mengandung lagi untuk fully bf amna, susu Awin kali ni memang banyak. Dah boleh wat stok dah. Syukur sangat2. Memandangkan dalam pantang banyak yang kita tak boleh makan, just banyakkan minum air suam dan horlick. Awin pas minum horlick je, breast mesti rasa penuh jer. Awin memang seronok gilerrr...yelah. Mana Aina mana boleh fully bf macam Amna nih...tapi yang paling penting skali kena positif dan happy selalu.

3 comments:

  1. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete
  2. Salam maaf time pantang horlick boleh mnum ka? N sy dah 27hari pantang n luka still xbaik lg... Mngkin d ssahkan smbelit luka sy mmbuli sakit... Nk duduk pun ssah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya minum ok sb nk bykkan susu badan jugak kan.
      orang lain saya xpasti plak sis..

      Delete