Amna Myesha

Februari 2015


Amna dah berusia 8 bulan dah. Alhamdulillah membesar dengan sihat ceria. Cuma baru2 ni je selesema. Perubahan cuaca agaknya sebab memang ramai yang demam, batuk dan selesema. Pakejlah orang cakap. Amna dah tak ada masalah nak minum susu dari botol. Acu dia yang suggestkan guna puting spectra. Thanks acu.Sekarang perangai Amna suka sangat menyakat kakak dia. Atas katil ke baring depan tv ke, laju je dia mengesot kacau Aina. yang si kakak pun bukan nak ngelat, dibiarkan aje adik dia kacau tapi mulut bising, No! No! sambil tengok Awin atau ayahnya, konon minta tolong jaihkan adik dia la tu.


August 2014

Tadaa...ni lah adik Aina...Amna Myesha. dah 2 bulan dah pun sekarang nih. Syukur yang amat sangat bila dapat breastfeed Amna. Sekarang Awin alami kesukaran bila Amna susah nak terima puting botol. Kejap mau kejap tak mau. Mujur pengasuhnya, Kak Nor mahu berusaha tuk bagi Amna pakai picagari bila dia tak nak botol. 

Februari 2014

Ni gambar scan 4d terbaru adik Aina. InsyaAllah puteri jugak yang ini. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye. Memang bambam pipi baby bila dia keluar. Rambut pun lebat tak macam Aina. Kulitnye ajer tak secerah Aina. 

Oktober 2013


Alhamdulillah...Aina akan dapat adik tak lama lagi. EDD adalah pada 24 Jun 2014. Doa-doakan semuanya berjalan dengan lancar.







No comments:

Post a Comment