Tuesday, October 17, 2017

Sentap

Assalamualaikum dan hai pembaca semua,
Dah berbulan tak mengarang. Harini saya ada cerita yang hanya ibu-ibu sahaja yang faham.Mungkin blog ini ada tempat saya meluahkan perasaan ni.Ibu-ibu memang akan lebih merasai dan menanggung rasa lebih dari ayah-ayah bila berkaitan anak-anak.

Ya memang anak saya si Aina baru masuk 5 tahun.
Ya memang dia sudah bersekolah.
Ya memang dia belajar dan bermain di sekolah.
Ya memang yuran sekolahnya mahal.
Tapi,
Kenapa dia perlu boleh terus mengeja dan membaca pada umur 5tahun?
Kenapa dia perlu tukar sekolah bila dia masih belum boleh mengeja dan membaca?
Kenapa dia perlu dihalang dari terus belajar, berkawan dan bermain di sekolah tu?
Kenapa kita perlu mendesak anak 5 tahun ni memenuhi kehendak kita?

Memang dia anak saya, jagaan saya yang masih mentah, masih suci, masih nakal, masih muda untuk kenal beban dunia. Saya akui anak saya walaupun sudah 5 tahun masih belum petah berkata-kata seperti anak-anak orang lain. Memang dia pelat dan masih tidak jelas pertuturan dia tapi kami dan cikgunya paham apa yang dia katakan. Sedangkan saya dulu pun tidak tahu bercakap, dicop BODOH oleh nenek masih boleh berjaya, hidup dan bahagia sekarang, alhamdulillah....

Sekolahnya major English dan kamu yang tidak menjaganya meminta dia mengeja BATU, bila dia tak tahu terus kamu mengelarnya TAK TAHU dan terus mengecam cikgu-cikgu sekolahnya? Mengecam cikgu-cikgunya tidak mengajar dengan betul dan meminta kami menukarkanya sekolah? kamu siapa? Pernahkah kamu fikir perasaan kami yang bersemuka dengan cikgu-cikgunya setiap hari ke muka pintu sekolahnya sedangkan kamu berbicara dengan mereka di belakang kami? Pernahkah kamu berfikir perasaan kami bila kamu 'condemn' anak kami?  Sabar....

Kegagalan hari ini tidak bermakna kegagalan akan datang.
Kejayaan harini tidak menjamin masa hadapan.
Percaya pada doa, usaha dan tawakal.
kita berdoa, berfikir dan berbuat baik-baik

Ya saya sentap
Ya saya marah
Ya saya dendam

Ya saya minta maaf

Tuesday, April 5, 2016

Pemilihan tadika untuk anak

Assalamualaikum,

lama dah sangat2 saya tak update blog ni. bz bebenor. ni pun xda mood nk buat kerja so kita mengarangla sekejap. berbalik pada tajuk di atas, isu ni bermain-main di fikiran masa aina nak masuk 4 tahun awal tahun ni. jika diikutkan en suami, dia tak nak bebankan aina dengan tadika lagi memandangkan aina masih muda dan masih tak paham apa itu sekolah. tapi lepas difikir2kan, lebih baik masukkan aina awal ke sekolah untuk dia terdedah dengan keadaan sekolah yang sebenar bila dia nak masuk ke sekolah rendah nanti.

maafla ye cerita saya kali ni tak ada huruf besar sebab memang malas nak tekan shift / caps lock.hehhe

so, dari cara pemilihan sekolah tu kami dah senaraikan ape yang sesuai untuk aina dengan menyenaraikan apa yang aina minat dahulu. antaranya :

  • aina sangat2 suka membaca especially in english
  • dia lebih tertarik perbualan dalam english - diakui oleh baby sitter dia sendiri bila dia tak layan orang tanyakan dia dalam bahasa melayu
  • mudah berkawan - bila pergi main di public playground, dia ikut mana2 budak yang nak berkawan dengan dia
kemudian kami senaraikan pulak apa yang kami mahu untuk aina seperti:
  • tadika mestila dekat dengan rumah / office saya untuk memudahkan hantar / ambil
  • murah dan mampu dibayar - ade setengah tu mahal sangat
  • ada ciri2 / subjek islamic english
  • transportation is an advantage
  • ada untuk tempoh separuh hari
so lepas tu terus short listed beberapa tadika yang berdekatan rumah / office dan reason kenapa tak terpilih :
  • little caliph ttdi : dekat tapi cikgu2 nampak stress, garang dan sedikit unfriendly for 1st comer mcm kami, keadaan tadika yang kurang ceria / malap
  • cic bukit damansara : dengar kata top management nya syiah, terus tak jadi. wallahuallam
  • tadika hanis plaza ttdi : murah tapi hanya sampai umur 4 tahun sahaja
  • tadika tahfiz pinggiran ttdi : sangat ramai student, 1:15 cikgu dan student, keadaan tadika yang kurang ceria / malap, teacher sedikit unfriendly for 1st comer mcm kami, sistem management nampak agak kurang
  • brainy bunch ttdi : sedikit mahal tapi .....KAMI PILIH YANG NI SEBAB teacher2nya peramah, sistem management yang teratur, dekat dengan rumah, keadaan kelas yang bersih, ceria dan teratur
ramai yang cakap 'wow, brainy bunch' memang agak mahal untuk kelas dari 8-12pm rm420 termasuk pengangkutan tapi yang pasti memenuhi kriteria yang kami mahu.lagipun nak cari tadika tu biarla dengan teacher2 yang suka budak2, bukan teacher yang hanya pentingkan duit masuk sahaja. keselamatan anak2, tahap kebersihan persekitaran, kawan2 seusia anak2 kita, itu semua penting demi perkembangan mental dan fizikal anak2 kita.

Thursday, December 31, 2015

Cara menangani masalah cemburu

Assalam semua pembaca, lama sangat2 dah tak update blog kan..anak2 masih perlukan perhatian dari mama dorang so memang sangat tak cukup masa untuk update blog. 
Alhamdulillah di kesempatan yang ada ni ( actually masih dalam meeting, tengah tunggu contractor datang) bolehla nak update sikit.
Topik harini adalah cara menangani si kakak yang cemburukan si adik. Si Aina dengan si Amna. Kakak, Aina since saya mengandungkan dia memang dah mula rapat dengan en suami. Dari bangun tidur, tukarkan pampers, mandi, pakaikan baju, berak semua en suami uruskan. Saya dah tak ambil port. Syukur ada en suami yang sangat membantu. So since then, saya hanya melayan si Amna. Amna pulak menyusu badan. Memang dia akan rapat sangat dan melekap sajalah dengan saya. Masalah timbul bila si Aina perlukan perhatian saya. Si Amna memang akan cemburu. Amna pulak jenis yang tak boleh tengoj mama dia layan orang lain lebih dari dia. Mulalah dia kan datang kemudian akan menolak, mencubit atau lebih teruk mengigit. Mujur si Aina jenis tak melawan. Harap mencebik dan bising mulut saja. Dia kan kakak...heheh
So cara saya menangani masalah kecemburuan ini adalah dengan memeluk kedua-dua anak sambil berbisik pada mereka, sayang kakak, sayang adik ketika timbul perselelisihan pendapat. 
Sebab budak-budak ni kita tak boleh tinggikan suara sebab mereka akan lebih tinggikan suara. So bila kita berbisik, mereka pun akan berbisik pada kita. Kita kena keluarkan dan jauhkan bisikan syaitan yang akan menghasut mereka supaya lebih marah, lebih panas. Budak kan lebih mudah terpengaruh dan terikut-ikut..

Thursday, August 14, 2014

Budak meragam bila dapat adik

Assalamualaikum semua

Harini Awin nak berkongsi tentang Aina yang sekarang ni sangatla kuat meragam sejak dapat adik. Yelah, budak baru nak besar pastu bermanja pun tak habis lagi dah kena berkongsi kasih pulak. Meragamnya dengan en suami lebih sebab mungkin Aina dah maklum mama dia memang dah tak berapa layan dia since mama dia mengandung lagi. Memang en suami jadi mangsa la. 

Bila gi beli barang kat Tesco jer, en suami la huru-hara kejar dia. Dengan nak tengok barang lagi, nak bayar lagi. Awin memang peduli ke adik jer sebab Amna kecik lagi. Aina pulak dah tak mahu duduk lama dalam troli. Dia dah pandai nak berlari. Tempat awam camtu memang tak sesuai la kan nak lepaskan tanpa pengawasan. Sekarang ni kes penculikan bayi dan toddler sangat banyak. Kena extra berhati-hati.

Bukan itu jer perangai dia. Dia dah pandai merengek. Nak bertandang rumah orang tuk beraya pun tak syok. Tapi bila gi rumah yang ada budak sebaya dia ke besar sikit ke ok plak. Budak-budak ni complicated. Nak bercakap tak berapa pandai lagi. Menangis jela. 

Bila dekat dengan Amna, dia usik2 matala mulutla. Ada kadang tu dia nak tarik kaki Amna turun dari katil. Mujur Awin nampak. Kalau tak, aduuoiiii...Kadang2 langsung tak peduli pun.Budak-budak ni complicated.


Ni masa pagi2 sebelum hantar ke pengasuh. Time okla nih. Semalam kaki naik kepala adik. Aduoiii...jelesla tuh sebab tengok mama dia asyik berkepit jer dengan adik dia. Kita pun paham perasaan dia kan. So lepas ni beringatla sebelum niat nak bertambah lagi....hehe

Saturday, July 12, 2014

Amalan semasa berpantang

Pengalaman berpantang kali ni nampaknya tidak seperti dulu. Hari ke 15 je dah mandikan anak sendiri, buat air sendiri. Dah tak bebankan mak sebab mak pun bz handle Aina, keperluan rumah dan makan minum awin dan cucu2 nya. Tapi yang paling tak tahan, panasnya lahai suhu sekarang ni. Habis gatal badan ni. Amna pun penuh ruam. Eh, jom back to the main topic.

Sebagai anak utara, semestinya awin akan menurut amalan yang diamalkan oleh mak awin. Tapi perlu jugak ambil serba sedikit dari sebelah mertua. 

Antara yang awin amalkan adalah dari segi pemakanan. Bab kecantikan diri mak awin tak peduli sangat sebab itu inisiatif masing2. Entri ini dibuat atas dasar untuk peringatan diri sendiri dan untuk amalan anak cucu di masa akan datang. 

Pemakanan
Hari 1-19:
Gelama biasa, merah, pelata, talang , ikan bilis dan plotan kering samada digoreng / masak asam, biskut merry / jacob's, milo / kopi/ air kosong panas

Hari 20-44: 
Ikan bilis, ayam, telur digoreng/ masak sambal, biskut merry / jacob's, milo / kopi/ air kosong panas
Ikan haruan memang digalakkan makan sebab baik untuk penyembuhan luka. Mak awin buat sup dan goreng. 

Selesai berpantang 44ari, mak awin masih tak benarkan awin makan laksa sampaila mengandung semula / 2-3tahun..haaa..mee dgn koewteow pun mak awin tak bagi makan lagi sampai cukup 100hari. Katanya sejuk, risau jatuh sakit. Bihun boleh lagila.

Urutan 
Biasanya pada hari ke5 awin akan upah tukang urut untuk datang mengurut. Ada yang untuk 3 hari atau 5 hari. Tapi sebenarnya menurut tukang urut, minggu pertama lebih baik berehat dahulu. Masuk minggu kedua barula mengurut. Kalau tidak, badan kita yang baru nak pulih akan terasa lebih sakit. Upah yang selalu dorang ambil rm50 jer 1 ari. Uii tukang urut kat kulim ni, nama Kak Long memang sedap. Konsisten dan sedap. Akhir urutan dia siap tarik kaki tangan awin ke belakang awin. Melengkung badan awin dibuatnya. Memang segar.

Hospital Kuala Lumpur

Dah dua kali kuar masuk HKL untuk bersalin. Pada 2012 dan baru2 ni 2014.. 

Pada 2012, bersalinkan Aina memang rezeki dapat 1st class. Masa register tu dah bagitau nurse siap2 kata nak stay kat 1st class. Memangla mahal sikit tapi taklah semahal private. Kat bawah ni awin sertakan sedikit gambar kat wad 1st class. Ada bilik tuk sorang2, ada bilik tuk 2orang. Bilik air 2 bilik kongsi 1 bilik air. Dalam bilik ada disediakan almari, kerusi tetamu. Ber-acond lagi tau. Yang paling best, baby memang 24j dengan kita. Kecuali nurse ambil tuk mandikan la. Kadang2 berak pun dorang tolong cucikan. Alhamdulillah layanan nurse memang terbaik. Dari masuk sampai keluar wad la. Dorang memang bagi perhatian penuh. Sikit2 datang wat checkup. 

Tapi tahun ni takda rezeki masuk wad 1st class dari awal. Terpaksa ke 3rd class dulu sebab wad 1st class penuh. Masa masuk tu mujur ada katil. Nurse macam biasa je. Layanan pun biasa2 je. Dorang pesan nanti dah rasa betul2 nak teran baru bagitau doktor. Bilik air semua berkongsi ramai2. Jauh pulak tu. Nurse datang sekali sekala je untuk ambil tekanan darah. Yang paling tak best sekali, wad tu sangatla panas. Berpeluh2. Dengan laki keluar masuk, memang tak selesa. Nak kena bertudung 24j. Anak berak kena cuci sendiri. 

Memang ada perbezaan antara 2 wad ni dari segi layanan, keselesaan dan keperluan. Tapi semua ni tak memerlukan kos beribu. Tak sampai rm1k pun. Sakit bersalin tetap sama. Yang mana kita boleh jimat, kita jimatkanlah. Bersyukur yang paling penting. Awin tetap akan pilih hospital kerajaan yang terpilih... He.




Pengalaman bersalin anak kedua

Alhamdulillah awin dah selamat melahirkan anak kedua awin yang diberi nama Amna Myesha, adik kepada Aina Miza pada 8 Jun 2014 jam 538pg di HKL secara normal. Rasanya ini akan menjadi entri awin yang paling panjang dalam sejarah.

Normal Contraction 
Akhirnya ada juga rezeki awin nak merasa normal contraction untuk anak kedua ni. Masa Aina awin kena induce sebab overdue. Masa Amna ni pula, awin awal 2 hari. Sepatutnya mengikut kiraan kalendar, edd awin sepatutnya pada 24/6.. Tapi tarikh scan amatlah jauh bezanya iaitu pada 10/6. Nak jadikan cerita, awin tanyakan doktor di kkia ttdi untuk kepastian. Setelah melihat beberapa keping gambar scan yang awin ada, doktor putuskan untuk redd awin ke 10/6 berbanding pada 24/6. Hati ni makin excitedlah jadinya. 
Hari terakhir awin pergi checkup iaitu pada 6/6. Seperti biasa awin buat rutin ibu mengandung iaitu urine test, bp. Masa nak amik urine tu, awin dapati dah ada blood show tapi sangat2 pudar warnanya. Awin pun tak pasti lagi tapi hati ni dah seronok dah. Awin tunggu lagi. Petang ada sikit malam pun ada sikit. Tapi masih tak merasai sakit contraction. Keesokkan harinya awin bagitau en suami nak pergi ikea tuk beli barang sikit dan nak cepatkan bersalin dengan banyakkan berjalan. En suami pun setuju. Agak petang tu ada sikit lagi blood show. Malam tu dalam kul9 lebih awin dah rasa sakit perut dan sakit bahagian belakang bawah. Rasanya macam menarik ke bawah. Awin catit selaan masa. Konsisten setiap 20min. Awin rasa macam memang sakit nak bersalin ni. En suami masih tak sedar keadaan awin. Awin tunggu sakit konsisten jadi 10min sekali dalam kul12 mlm. Masa tu Awin dah rasa tak tahan terus ajak en suami ke HKL. Aina awin tinggalkan pada mil. 
Sesampainya di hospital, daftar dan doktor buat pemeriksaan. Haa..4cm u!! Awin ditolak ke wad dalam kul2pg. Sakit contraction semakin kerap 5min sekali. Sakitnya macam senggugut yang double triple sakit, menarik2 tulang belakang. Awin minum air selusuh dan sambil berjalan. Rasa nak menjerit panggil doktor mintak check bukaan tapi takut. So awin tunggu sampai betul2 sakit nak meneran baru bagitau doktor dan doktor buat checkup dah buka 7cm!!! Kelam kabut nurse tolak awin ke labour room. Dah masuk tu midwife cakap dah boleh teran, awin pun teran. Agak susah untuk meneran kali ni sebab awin sangat letih dan mengantuk. Dahla dinner kul630 petang.Tak sempat nak curi nafas. Memang rasa tak larat. Masa meneran tu tangan yang sepatutnya letak di buku lali dah awin letak merata-rata. Kejap di paha kejap di buku lali. Memang tak ketahuan.Mujur en suami ada di sisi dan bagi kata semangat. Tak sempat ditanya mahu epidural atau gas pelali langsung. Teranan yang last tu memang rasa nak putus nyawa.Akhirnya adik pada Aina pun keluar pada jam 538pagi selepas 4-5kali meneran. Pun dah tak ingat. Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan usia walaupun sangat2 keletihan. En suami dapat temankan awin sampai habis jahit dan sampaila midwife semua beredar. Pernah awin terpikir dan bagitau en suami yang awin rasa ajal awin akan sampai masa nak bersalin nanti. Bukan ada petanda atau apa2 tapi hati awin terasa macam tu. Alhamdulillah itu semua hanyalah mainan fikiran sahaja.

Minyak dan air selusuh
Yang ni memang menjadi amalan awin setiap kali mengandung dan mak awin yang akan sediakan. Dia akan mintak sorang ustaz ni buatkan. Minyak selusuh awin amalkan bila kandungan masuk 5bulan. Minum Sesudu kecil setiap malam sebelum tidur. Air selusuh pulak diminum dan disapu bila dah rasa sakit contraction.
Sebelum mak awin amalkan amalan ni pada anak-anak dia, dia ada bertanya pada jiran. Ada tak perbezaan dengan mengambil dan tidak ambil selusuh ni? Jiran kami kata memang ada beza masa melahirkan 5orang anaknya. Yang mana tak amik selusuh, rasa susah sikit. Yang amik rasa sedikit lancar. 

Jahitan longgar
MasyaAllah... Dengar pun ngeri kan kalau kena jahit balik. Hari pertama lawatan dari nurse kkia ttdi dah buat awin kecut perut.dia kata jahitan kulit luar awin longgar. Mungkin kena jahit balik. Wuaaaa!!! Tak sanggup!! Dia mintak refer balik dengan HKL esoknya. Dah pergi hospital, jumpa doktor cakap tak payah jahit semula tapi kena pastikan kebersihan. Jika ada pendarahan ke bernanah ke sakit ke mintak segera jumpa doktor.
Lepas je doktor pesan tu, rasa lega yang amat. Awin basuh part bawah guna air rebusan asam keping dan garam untuk cepat keringkan luka.

Jaundice
Entri sebelum ni awin ada berkongsi tentang amalan minum glukolin dan air fresh orange untuk elak anak dari mendapat jaundice. Alhamdulillah berhasil. Memang Amna dijauhkan dari jaundice. Tapi bukanlah tak ada langsung. Ada tapi ditahap normal.Tapi ini semua rezeki dari Allah. Jangan terlalu percaya sebab kita hanya berusaha, Allah yang menentukan.

Rezeki susu
Alhamdulillah dengan niat yang dipupuk dari mengandung lagi untuk fully bf amna, susu Awin kali ni memang banyak. Dah boleh wat stok dah. Syukur sangat2. Memandangkan dalam pantang banyak yang kita tak boleh makan, just banyakkan minum air suam dan horlick. Awin pas minum horlick je, breast mesti rasa penuh jer. Awin memang seronok gilerrr...yelah. Mana Aina mana boleh fully bf macam Amna nih...tapi yang paling penting skali kena positif dan happy selalu.