Aina's stuff


Berus gigi 

Semenjak Aina dah mula makan macam-macam, Awin dah ambil inisiatif untuk Aina jaga kebersihan gigi dia. Sementelah masih muda nilah kita perlu ajar anak-anak cara penjagaan gigi yang betul. So, Awin pun belilah satu berus gigi untuk dia. Biasanya berus gigi toddler ni ada dalam pelbagai rupa. Yang ni Awin beli dekat Tesco jer. Memang kaki Tesco betul Awin ni. 

                                               

Mula-mula Aina memang tak nak buka mulut. Mungkin dia fikir kita nak minta dia makan kot. Lepas tu Awin tunjuk cara Awin berus gigi. Dia tengok macam pelik jer. Bila kita ludah ubat gigi tu boleh pulak dia ketawa. So, dah demo bagai, Awin minta dia pegang berus gigi sambil sebut 'aaaaaaaa....' . Sambil dia sebut aaa... tu Awin pun mulalah operasi memberus gigi. Memang mula-mula Aina rasa pelik tapi bila dah selalu buat, InsyaAllah dia dah biasa. Ada sekali tu Awin cuba sekali dengan ubat gigi. Tapi rajin plak dia menelannya. Ubat gigi dorang kan boleh ditelan. Tapi risau jugak kalau asyik menelan je. So Awin stop terus sebab Aina pun macam tak berapa suka berus gigi guna ubat gigi.


Potty Training

Aha...latihan yang mungkin sukar untuk dimulakan bagi ibu-ibu yang bekerjaya nih. Manada masa nak ajar anak poopoo dalam tandas. Hujung minggu mungkin boleh dipraktikkan tapi akan ambil masa yang lama sangat untuk betul-betul menjadi.

                                                 

Aina pun macam tu jugak. Hanya waktu lepas kerja dan hujung minggu sahaja Awin boleh latih dia. Cara Awin latih Aina agak pelik sikit. Bila nampak gaya dia macam nak poopoo jer, terus ajak dia ke tandas dan sediakan dia potty pail ni untuk dia duduk. Lepas tu letakkan dia dekat dengan baldi air sebab kalau tak letak dekat Aina akan terbangun-bangun. Tak pun tangan dia akan kacau poopoo dia yang kat dalam tu. Euwww...

Tapi sekarang dah pandai. Bila kita nak ajak dia ke tandas jer, mulala berlari menyorok sampai kena berdukung ke tandas. Tapi kita kenalah bersabar banyak sebab dorang baru nak belajar hidup kan..


Baby Cot

Alhamdulillah, dengan bakal kehadiran anak kedua ni kami berkesempatan membeli baby cot untuk ajar Aina tidur sendiri. Yelah. Nanti adik dia kena tidur sekali mama dia. Tapi kalau Aina tak nak, adik dia la kena tidur dalam baby cot tu. 


Baby cot ni Awin beli di Carrefour Seberang Jaya masa balik kampung. Ada promosi. So Awin beli dengan harga RM190 sekali dengan tilam. Kebiasaanya akan dijual dengan harga lebih kurang RM250. Yang bumper cot pula Awin beli di Giant Kota Damansara dengan harga RM49 sahaja. 

Safety Gate 

Sejak si Aina ni dah pandai berjalan, pantang Awin ke dapur je mesti nak ikut. Buat apa lagi kalu bukan mengemas segala periuk belanga. Untuk mengelak Aina dari terus mengacau Awin dari memasak, terpaksalah membeli pagar keselamatan ni. 

Awin dan en suami beli di IKEA dengan harga RM250...tidak termasuk dengan extension tau. Extension harga dalam RM 50. Mula-mula ingat muatla tak pakai extension. Rupanya tak sampai langsung. 
Kesianla budak tu tak boleh cross the border. Tak apa sayang. Nanti dah sesuai dengan unur kamu, mama benarkan kamu ke dapur ya. 


Children Tent

Ni baru je beli. Beli sebab nak kasi hadiah dekat anak kawan. Bila rasa nak kasi dekat anak orang, nak jugak bagi dekat anak sendiri. So belilah sekali dengan bebola untuk lebih menarik perhatian si kecik. So far, Aina belum cuba lagi. Tengoklah macam mana respon dia nanti. 

Minta maaf untuk visual yang tak berapa jelas sebab ambil gambar subuh tadi. Hari masing muda.he




Baby Seat
Masa Awin beli bamboo seat, Aina duduk kejap jer. Lepas beberapa lama, Aina macam dah tak muat dan tak selesa duduk dalam tu. So Awin pun terpaksalah beli yang ini sebab atok Aina pun sebenarnya tak boleh nak bangun-duduk-bangun-duduk banyak kali sebab sakit lutut.
Inilah dia. Awin beli dekat Ikea. Dia jual berasingan antara kerusi, tray dan pelapik kerusi tu. Tingginya lebig kurang 900mm x 400mm jer. Kira taklah makan ruang sangat.


Playing Mat

Awin baru je lepas pergi 5th Maternity & Children Expo pada 5 to 7 April 2013 di Mid Valley Exhibition Centre Halls 2 & 3 baru ni. Orang ramai sangat. Awin pergi dengan en suami, mak dan semestinya Aina sekali.

Jalan punya jalan, kami terbekenan nak beli ni. Harganya RM105 tapi minta murah dapatla RM100.


Teksturnya lembut, tebal dan ringan. Kalis air serta coraknya menarik. Saiznya lebih kurang 6' x 5' . Boleh digunakan pada kedua- dua belah permukaan. Coraknya berlainan. Tahan lama. Sesuai sangat untuk bayi main atas tu. 


Bamboo Seat

Ini bamboo seat Aina. Warna hijau. Ada warna biru laut, kuning, merah jambu dan hijau.Sebelum beli yang ini, awin dah survey kat The Curve. Bahagian ibu dan kanak-kanak. Kedai First Few Years, Little Heaven dan Mothercare. Semua jual seat sahaja tanpa tray, RM199. Dengan tray, RM299. Wow!

Memanglah semua orang tahu yang bamboo seat ni mahal tapi tanpa tray tu memang mahal lah. Jadi awin tak jadi membeli lagi. Lepas beberapa hari, Aina kurang sihat. Awin bawalah pergi klinik. Balik dari klinik, awin terasa nak singgah dekat Fabulous Mum, TTDI. Aha! Terjumpalah pulak seat tu. sekali dengan tray, RM199. Ok kan? So awin pun belilah dekat situ. Jadi, taklah ralat sangat bila membeli. 





Baby Bullet Food Processor



Aina dah cukup 6 bulan, so awin nak perkenalkan makanan pejal untuk dia. Sebelum ni awin dah cuba cerelac beras tapi aina tak nak. Biskut Farley pun dah cuba, ,masih tak mahu lagi. So, awin dengan pantasnya memesan encik suami membeli pengisar ni dari blog  http://littlesafiya.blogspot.

Sangat Berpatutan. Di luar, harganya hampir Rm200 tidak termasuk bekas simpanan sejuk beku. Di blog ni, hanya dijual RM150 termasuk bekas simpanan sejuk beku tau. Sangat berbaloi beli sebab disertakan sekali buku nutrisi, menu dan manual. He

Apapun terpulang pada masing- masing nak guna jenama apa. Janji sesuai dan selesa.


Wardrobe dan koleksi kasut aina






Tadaa...banyak sangat koleksi baju dan kasut aina. Sebenarnya, kebanyakkan kasut dan baju aina semua dari koleksi hadiah. Yang beli tu sikit ajer. Kebanyakkan hadiah berteraskan...cewah...kasut, set mandi, mainan dan botol susu.

Terima kasih semua atas pemberian ni. Aina suka sangat.

Almari hijau awin beli kat Tesco jer. Watpa nak beli mahal- mahal sebab Aina makin membesar. almari pun kenalah makin besar. He

Kasut tenun ni pulak adalah hasil tangan Tok mak Aina. Tok mak aina memang pakar menenun. Tenun jarum satu lah. Semua tu Tok mak Aina yang buat. Hebat kan? Mama Aina dulu taula nak kait kasut tapi sekarang dah tak ingat langsung ok.. Rugi pulak rasanya tapi apa boleh buat, tak ada masa.







Bahan bacaan

Ada saiz kecik, ada saiz sederhana dan ada yang saiz besar. Ni semua koleksi bahan bacaan aina.
Walaupun aina belum cecah 1 tahun untuk paham semua apa yang dia lihat, dengar dan rasa, tapi dia dah ada favourite book dia tau.

Nampak tak yang paling kecil tu, Charlie Monkey? Tulah favorite aina.

Kebanyakkan buku- buku ni semua beli kat Big Bad Wolf. Rasanya tau kot...selalu ada di Mines, Serdang. Setahun sekali rasanya.

Kalau korang rasa buku- buku ni tak sesuai untuk bayi bawah 1 tahun, kat bawah ada contoh soft book. Awin beli kat kawan encik suami. Dia jual online.

                                                Ni page dia http://littlesafiya.blogspot.com


Ni buku-buku yang awin beli untuk Aina sebab sekarang Aina kaki gigit. So biar dia gigit kain. At least jari- jari dia boleh rasa different textures pada buku tu.  Ada jugak tulisan dan huruf yang kita boleh guna sampai dia umur beberapa tahun. Buku- buku macam ni pada pendapat awin, bagus gak tuk anak- anak kita sebab lembut, informatif , warna terang dan 100% cotton, selamat untuk bayi.











No comments:

Post a Comment