Aina's activities

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Pada awal bulan April lepas, Awin dan family balik kampung awin tuk berjumpa dengan tok mak Aina sebab tok mak Aina tak berapa sihat. Biasalah sakit lutut, rindu cucu dia lagi. So kami pun berangkatlah memandangkan ada gangguan bekalan air pada hujung minggu tersebut.

Encik suami mulanya bercadang nak bawa Aina mandi kolam, nak bercuti di Hard Rock Hotel Penang kalau boleh. Tapi Awin dah cakap, mesti tok mak aina tak bagi sebab rumah dia ada buat apa nak habiskan duit bermalam di hotel. Nescaya, kata-kata Awin memang betul.

So encik suami beri cadangan untuk berjalan-jalan ke Bukit Bendera sahaja untuk hilangkan oring di rumah. Sebelum ke BB, mestila nak merasa Jambatan Kedua Pulau Pinang kan? Dah dirasmikan baru-baru ini, kami pun amikla peluang dan jalan jauh ke BB melalui JK2PP.

                                      

Bukan main senyum lagi si Aina ni. Main-main pulak dia masa Awin minta dia senyum. Orang tengok pun ketawa. Gambar ni diambil masa ayah Aina pergi beli tiket. Dapat diskaun 50% bila tunjuk Mykad. Dari RM30 jadi Rm15.


Ni gambar Aina bersama abang teh dia, syed daniel syah. Umur lebih kurang 12 tahun. ambil UPSR tahun ni. Buaian ni di hadapan foodcourt BB. Ada jer cafe yang best tapi mestilah mahal kan.


Jangan ingat di Seoul Tower je ade love lock ni. Dekat BB pun dah ada tau. Sesiapa yang nak ukir nama kat padlock tu, kenalah beli padlock kat gerai yang disediakan. Awin tak pasti harganya berapa tapi ada pelbagai jenis design padlock. Nak yang ade renda, bentuk love, besar, kecik....ha... Aina bukan main lagi memilih padlock kat pagar tu. Gaya macam tau membaca je apa yang ditulis. 


Si Aina yang tak tahu nak duduk diam. Nak merewang jer. Dah letih baru mintak yayah dia dukung. Awin yang dah sarat ni memang tak dukung dahla. Nak membawa diri pun tak berapa lepas dah.



Bukit Tinggi, Pahang

Pada hujung minggu 12 Januari lepas, kitorang rasa nak pergi bercuti. Cuti-cuti hujung minggu jelah. So kami pun ambil keputusan untuk beristirehat di Bukit Tinggi, Pahang. En suami buat tempahan untuk bermalam di Colmar Tropical Berjaya Resort sebab cuma ada 2 hotel je dekat atas tu. Yang lain semua di kaki bukit dan agak jauh untuk bersiar-siar sekitar bukit Tinggi.

Di bawah ni awin sertakan gambar bilik yang kami tempah. Mulanya kami hanya tempah superior twin room tapi masa sampai je staff bagitau yang bilik tu dah penuh dan beri kami family room. bertuah rasanya sebab memang mewah luas bilik tu.

 
 ruang tamu

 work station

bilik tidur

Selepas berehat sebentar, kami terus bergerak untuk makan tengahari di restoran bawah tingkat bawah. Harga makanan agak mahal jugakla sebab pelawat hanya akan tertumpu untuk menjamu selera di sekitar perimeter hotel sahaja. 

 Tengoklah si kenet ni. Bukan main rambang mata nak pilih mainan. tapi bila sampai nak bergambar dengan abng badut, takut pulak.


Memandangkan hari masa muda, kami teruskanriadah kami ke Taman Botani dan Kampung Jepun. pelawat tidak dibenarkan memandu kenderaan sampai ke pintu masuk taman tersebut sebab jalan hanya untuk pejalan kaki. bagi yang bawa warga emas, memang tak disarankan sebab jarak berjalan kaki dari tempat letak kereta ke taman-taman berbukit dan jauh. awin pun penat tau.


Kitorang tak sempat nak amik gambar kat taman botani sebab bateri hp dah kong. Kat atas ni Aina sewa kimono. Semua peringkat umur boleh sewa. RM20 sahaja.Aina agak steady jugakla masa orang tu pakaikan dia kimono.Diam jer. Hehehe...

Lepas semua tu, kami pergi ke Taman haiwan. Pun tak gambar sebab dua-dua hp bateri kong. kasihan.


waktu malam suhu agak sejuk. Untuk budak-budak better pakaikan baju tebal untuk elak demam dan selesema.Orang dewasa ok jer. Sedap-sedap badan.

Pepun, percutian pendek macamni memang berbaloi di Bukit Tinggi sebab tempat untuk melawat agak terhad. So, spendla masa dengan family untuk bergembira dan release stress di kota.


Zoo Negara

Hari minggu yang lepas, alhamdulillah Aina sempat beriadah ke Zoo Negara. Rasanya semua orang tahu di mana letaknya kan? Kami sekeluarga sampai ke destinasi dalam pukul 3 lebih. Mujurlah zoo tutup pukul 5. Kalau sampai lewat dari tu mesyi Aina dah tak sempat tengok.
Ini pintu masuk utama. Teringat cerita Masam Manis yang dilakonkan oleh Tan Sri P Ramlee.

Untuk yang bercadang nak ke zoo, ni rate harga tiket untuk masuk. 

Ada jugak binatang yang Aina takut macam gajah dan seladang. Tapi harimau dan singa tengah mengaum tak pulak takut. Pelik betul. 

 

Ni baju yang Awin beli tuk Aina di sana.  






KLCC & I-City


Pada harini sebenarnya en suami ada seminar Archidex di KLCC. Sepatutnya Awin pun nak join tapi sebab ada submission pada hari tu, tak dapatla join untuk tahun ni. Habis burn point AG Awin.Disebabkan kebosanan yang melanda, maka kami anak beranak serta tok mak Aina pun terjebak, diusung bersama pergi melepak di taman KLCC. Dengan niat dapat berjumpa dengan en suami pada petangnya.
Dah habis tapau en suami di KLCC, maka berlanjutan bawa tok mak Aina ke I-City pulak.Tengokla Aina. Nak petik buah konon, padahal auta je.

PJ Trade Centre, Mustafa Kamal Tower
Harini Aina follow parent dia buat design survey. Padahal mama dia yang nak sangat melawat bangunan tu sebab dekat sangat dengan rumah tapi tak pernah sampai.Lagipun, dari segi rekabentuk bangunan tu yang raw, rustic, simple but yet modern, sangat menarik di mata Awin. Mata designer lain tak taula kan.
Memandangkan Aina ni dah pandai berdiri, maka mama dia pun suruhla si kenit ni berposing. Padahal baru je jelik mata bangun tidur dah diusungnya pergi buat lawatan pulak.


Menarikkan? Walaupun tak banyak gambar bangunan tu yang Awin ambil, tapi bolehla tau serba sedikit.

Pulau Langkawi
Pada 29 Mei 2013 lepas, Aina pergi bercuti di Langkawi. Saja ambil waktu untuk berehat. Banyak tempat yang Aina pergi melawat. Underwater World, Bird Park Wildlife dan Pantai Chenang. Ada jugalah pergi melawat rumah saudara di Taman Nilam. Kami berehat sampai 31 Mei 2013. Kami tinggal di Hotel BayView, Executive Suite. Sempat jugak mandi kolam renang. Aina suka sangat berjalan-jalan.
Ni gambar Aina masa di Pamtai Chenang. Nanti Awin letak lagi gambar Aina sebab en suami banyak ambil gambar Aina di sana.




Seoul Garden, One Utama

Harini 15/3/2013, tok mak tak masak. Jadi, en suami bawa kami semua makan luar. Sebenarnya en suami agak ' craving' untuk steamboat menu.jadi harini sampai juga untuk kami dibelanja. En suami pun bawalah kami ke Seoul Garden. Aina pun bukan main suka lagi. Tengah tidur pun terjaga terus sebab nak keluar jalan-jalan.

Ini Aina yang muncul dengan pakaian ala chef cilik. Topi ajelah. Baju Aina baju tidur ajer. tu gaya Konon tengah pantau ayah dia masak la tu. kelakar kan?

Itu topi Mickey Mouse. Dulu tak muat tapi sekarang dah ngam. Okla. ada gaya macam bakal chef tak? 



Tesco, Mutiara Damansara

Harini Awin bawa Aina teman Awin beli barang dapur kat Tesco. Takla nak beli banyak sangat pun. Saja nak have a quality time bersama keluarga. Sebenarnya, Aina selalu datang sini. Kadang-kadang tok mak dia tak ikut. Macam harini. Selalunya ikut.

Ni gambar Aina. Selalunya Awin baringkan Aina dalam tempat biru tu. tapi hari ni Awin saja nak cuba letakkan Aina di kerusi sebelah. Sebab bila Aina dalam bekas biru tu, dia takkan duduk lama. Bosan kot asyik baring je. Tapi harini, Aina duduk lama. Sampailah dah bayar semua barang di kaunter.




Restoran Ayam Penyet, Danau Kota

Sepatutnya hari i encik suami nak belanja makan stemaboat Flaming. Memandangkan encik suami tak buat sebarang tempahan, maka tiadalah tempat nak makan. Jadinya, pergilah ke shopping mall kat sebelah, KL Festival City. Pergilah serbu Seoul Garden tapi diberitahu dah nak tutup sebab dah hampir pukul 10 pm. Jadinya, menjamu selera di sebelahnya, Restoran Ayam Penyet. Mujur tak dihalau. Alhamdulillah, menu yang awin pilih sedap dan sangat kenyang.

Ni gambar Aina..


Macam ambil gambar sendiri pulak gayanya.


Aqiqah, Kg Sg Penchala 



Pada 4 Nov 2012, lagi 3 hari Aina akan genap 2 bulan. En suami dah bersedia nak aqiqahkan Aina. Hari ni awin pakaikan Aina gaun putih. Memang tak muat lagi sebenarnya sebab Aina masih kecil tapi sebab Aina adalah orang penting, kenalah cun sikit hari tu. Melaram bukan mainlah. Ha...

Majlis ni kami buat di rumah wan dan atok aina di kg sg.penchala, kuala lumpur. Adalah jemput tetamu dalam 200 orang dengan hidangan kambing masak kurma/ putih. Lauk sampingan pun ada macam ayam goreng rempah, jelatah dan air sirap.

Alhamdulillah, aina tak buat perangai. Dia ok. Kumpulan marhaban pun ada untuk meraikan majlis. Aina macam suka jer bila ditaklik dengan kurma/ madu. Mungkin ni yang dia kata, " lagi sedap dari susu ni" ...he. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dengan cuaca yang sempurna.


LCCT Food Court, Sepang


Morning all...

Pagi ni aina dan mama ayah dia breakfast kat LCCT foodcourt. Jauh kan? Sebenarnya kebetulan sebab hantar tok mak balik kampung. So, bila dah keluar rumah awal sangat, tak sempat nak siapkan sarapan, kenalah sarapan dekat luar.

Tengok muka aina, nampak sangat baru nak celik betul. Awin ingat nak mandikan aina dekat mothers LCCT. Tapi lepas check, kelengkapan mothers tak sesuai langsung. Cuma ada counter top dengan basin saja. Kerusi ke napkin changing mat ke apa satu pun tak ada. Ingatkan dah dekat airport, lengkaplah semua. Hampeh!

Pagi tu mama ayah breakfast makan nasi lemak ayam berempah. Aina macam biasalah, susu lactogen suam. Sedap! He. Tu ayah tengah beli nasi tuk mama. Nampak tak? 

No comments:

Post a Comment