Tuesday, October 17, 2017

Sentap

Assalamualaikum dan hai pembaca semua,
Dah berbulan tak mengarang. Harini saya ada cerita yang hanya ibu-ibu sahaja yang faham.Mungkin blog ini ada tempat saya meluahkan perasaan ni.Ibu-ibu memang akan lebih merasai dan menanggung rasa lebih dari ayah-ayah bila berkaitan anak-anak.

Ya memang anak saya si Aina baru masuk 5 tahun.
Ya memang dia sudah bersekolah.
Ya memang dia belajar dan bermain di sekolah.
Ya memang yuran sekolahnya mahal.
Tapi,
Kenapa dia perlu boleh terus mengeja dan membaca pada umur 5tahun?
Kenapa dia perlu tukar sekolah bila dia masih belum boleh mengeja dan membaca?
Kenapa dia perlu dihalang dari terus belajar, berkawan dan bermain di sekolah tu?
Kenapa kita perlu mendesak anak 5 tahun ni memenuhi kehendak kita?

Memang dia anak saya, jagaan saya yang masih mentah, masih suci, masih nakal, masih muda untuk kenal beban dunia. Saya akui anak saya walaupun sudah 5 tahun masih belum petah berkata-kata seperti anak-anak orang lain. Memang dia pelat dan masih tidak jelas pertuturan dia tapi kami dan cikgunya paham apa yang dia katakan. Sedangkan saya dulu pun tidak tahu bercakap, dicop BODOH oleh nenek masih boleh berjaya, hidup dan bahagia sekarang, alhamdulillah....

Sekolahnya major English dan kamu yang tidak menjaganya meminta dia mengeja BATU, bila dia tak tahu terus kamu mengelarnya TAK TAHU dan terus mengecam cikgu-cikgu sekolahnya? Mengecam cikgu-cikgunya tidak mengajar dengan betul dan meminta kami menukarkanya sekolah? kamu siapa? Pernahkah kamu fikir perasaan kami yang bersemuka dengan cikgu-cikgunya setiap hari ke muka pintu sekolahnya sedangkan kamu berbicara dengan mereka di belakang kami? Pernahkah kamu berfikir perasaan kami bila kamu 'condemn' anak kami?  Sabar....

Kegagalan hari ini tidak bermakna kegagalan akan datang.
Kejayaan harini tidak menjamin masa hadapan.
Percaya pada doa, usaha dan tawakal.
kita berdoa, berfikir dan berbuat baik-baik

Ya saya sentap
Ya saya marah
Ya saya dendam

Ya saya minta maaf

No comments:

Post a Comment