Tuesday, April 5, 2016

Pemilihan tadika untuk anak

Assalamualaikum,

lama dah sangat2 saya tak update blog ni. bz bebenor. ni pun xda mood nk buat kerja so kita mengarangla sekejap. berbalik pada tajuk di atas, isu ni bermain-main di fikiran masa aina nak masuk 4 tahun awal tahun ni. jika diikutkan en suami, dia tak nak bebankan aina dengan tadika lagi memandangkan aina masih muda dan masih tak paham apa itu sekolah. tapi lepas difikir2kan, lebih baik masukkan aina awal ke sekolah untuk dia terdedah dengan keadaan sekolah yang sebenar bila dia nak masuk ke sekolah rendah nanti.

maafla ye cerita saya kali ni tak ada huruf besar sebab memang malas nak tekan shift / caps lock.hehhe

so, dari cara pemilihan sekolah tu kami dah senaraikan ape yang sesuai untuk aina dengan menyenaraikan apa yang aina minat dahulu. antaranya :

  • aina sangat2 suka membaca especially in english
  • dia lebih tertarik perbualan dalam english - diakui oleh baby sitter dia sendiri bila dia tak layan orang tanyakan dia dalam bahasa melayu
  • mudah berkawan - bila pergi main di public playground, dia ikut mana2 budak yang nak berkawan dengan dia
kemudian kami senaraikan pulak apa yang kami mahu untuk aina seperti:
  • tadika mestila dekat dengan rumah / office saya untuk memudahkan hantar / ambil
  • murah dan mampu dibayar - ade setengah tu mahal sangat
  • ada ciri2 / subjek islamic english
  • transportation is an advantage
  • ada untuk tempoh separuh hari
so lepas tu terus short listed beberapa tadika yang berdekatan rumah / office dan reason kenapa tak terpilih :
  • little caliph ttdi : dekat tapi cikgu2 nampak stress, garang dan sedikit unfriendly for 1st comer mcm kami, keadaan tadika yang kurang ceria / malap
  • cic bukit damansara : dengar kata top management nya syiah, terus tak jadi. wallahuallam
  • tadika hanis plaza ttdi : murah tapi hanya sampai umur 4 tahun sahaja
  • tadika tahfiz pinggiran ttdi : sangat ramai student, 1:15 cikgu dan student, keadaan tadika yang kurang ceria / malap, teacher sedikit unfriendly for 1st comer mcm kami, sistem management nampak agak kurang
  • brainy bunch ttdi : sedikit mahal tapi .....KAMI PILIH YANG NI SEBAB teacher2nya peramah, sistem management yang teratur, dekat dengan rumah, keadaan kelas yang bersih, ceria dan teratur
ramai yang cakap 'wow, brainy bunch' memang agak mahal untuk kelas dari 8-12pm rm420 termasuk pengangkutan tapi yang pasti memenuhi kriteria yang kami mahu.lagipun nak cari tadika tu biarla dengan teacher2 yang suka budak2, bukan teacher yang hanya pentingkan duit masuk sahaja. keselamatan anak2, tahap kebersihan persekitaran, kawan2 seusia anak2 kita, itu semua penting demi perkembangan mental dan fizikal anak2 kita.

No comments:

Post a Comment