Thursday, August 14, 2014

Budak meragam bila dapat adik

Assalamualaikum semua

Harini Awin nak berkongsi tentang Aina yang sekarang ni sangatla kuat meragam sejak dapat adik. Yelah, budak baru nak besar pastu bermanja pun tak habis lagi dah kena berkongsi kasih pulak. Meragamnya dengan en suami lebih sebab mungkin Aina dah maklum mama dia memang dah tak berapa layan dia since mama dia mengandung lagi. Memang en suami jadi mangsa la. 

Bila gi beli barang kat Tesco jer, en suami la huru-hara kejar dia. Dengan nak tengok barang lagi, nak bayar lagi. Awin memang peduli ke adik jer sebab Amna kecik lagi. Aina pulak dah tak mahu duduk lama dalam troli. Dia dah pandai nak berlari. Tempat awam camtu memang tak sesuai la kan nak lepaskan tanpa pengawasan. Sekarang ni kes penculikan bayi dan toddler sangat banyak. Kena extra berhati-hati.

Bukan itu jer perangai dia. Dia dah pandai merengek. Nak bertandang rumah orang tuk beraya pun tak syok. Tapi bila gi rumah yang ada budak sebaya dia ke besar sikit ke ok plak. Budak-budak ni complicated. Nak bercakap tak berapa pandai lagi. Menangis jela. 

Bila dekat dengan Amna, dia usik2 matala mulutla. Ada kadang tu dia nak tarik kaki Amna turun dari katil. Mujur Awin nampak. Kalau tak, aduuoiiii...Kadang2 langsung tak peduli pun.Budak-budak ni complicated.


Ni masa pagi2 sebelum hantar ke pengasuh. Time okla nih. Semalam kaki naik kepala adik. Aduoiii...jelesla tuh sebab tengok mama dia asyik berkepit jer dengan adik dia. Kita pun paham perasaan dia kan. So lepas ni beringatla sebelum niat nak bertambah lagi....hehe

No comments:

Post a Comment